Tuesday, 30 September 2014

Rindu Bertamu

Lama benar diri ini menghilang.
Ingatkah dikau pada diri ini.
Adakah  sudah luput ingatan itu.
Padamu ku sandarkan harapan.

Biar ingatan itu luput.
Bagai angin lalu.
Biarlah ia pergi tidak kembali.
Hati luka hanya diri yang tahu.

Tuesday, 18 February 2014

Hati

Hatiku merintih.
Hatiku merindu.
Hatiku masih di sini.
Mahukah hati ku bekerjasama.

Saturday, 18 January 2014

Salam Perkenalan

Teks : Saniah Mat Sanat

Bismillah.

Alhamdulillah.

Insya-Allah.  Saya mahu menulis tentang pengalaman berblog dan kisah hidup saya bersama orang yang tersayang.